Nushirwan: PKS Malaysia Perlu Manfaatkan Pasaran China

2021-05-16 13:37:24  CRI
Share with:

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia termasuk peniaga kecil dari kawasan luar bandar diharap supaya dapat memanfaatkan pasaran China yang besar.

Harapan itu dizahirkan Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dalam temu bual bersama-sama Astro Awani baru-baru ini.

Menurut beliau, perniagaan dalam talian menerusi cara baharu seperti penstriman langsung sudah menjadi amat popular di China.

Jelas Nushirwan, platform perniagaan dalam talian juga boleh digunakan oleh peniaga Malaysia untuk menjual produk mereka ke China secara langsung.

“Perkara yang penting sekarang adalah mereka harus diberi pendedahan tentang bagaimana berniaga dengan cara yang baharu ini”, ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau juga memberikan penghargaan kepada kejayaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 dengan berkesan.

Jelas beliau, kecemerlangan itu merupakan hasil daripada pelaksanaan sistem pentadbiran China yang mantap serta kerjasama dan displin rakyatnya dalam menggembleng tenaga menangani wabak.

曹捷