China Eksplorasi Semesta untuk Kesejahteraan Umat Manusia

2021-05-18 15:37:38  CRI
Share with:

China akan terus komited mengeksplorasi semesta demi kesejahteraan umat manusia. Sementara itu, China bersedia meningkatkan kerjasama antarabangsa berdasarkan prinsip terbuka dan inklusif agar memberikan sumbangan yang lebih besar demi kedamaian dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendaratan prob penyelidikan China, Tianwen-1 di permukaan Marikh pada Sabtu lalu.

Jabatan penerbangan angkasa lepas dari pelbagai negara telah mengucapkan tahniah atas kejayaan China tersebut.

Zhao merakamkan terima kasih kepada jabatan-jabatan tersebut dan berkata, seperti yang ditegaskan Presiden, Xi Jinping dalam kawat tahniah, pendaratan prob Tianwen-1 di Marikh telah mengayunkan satu langkah yang signifikan bagi China untuk mengeksplorasi semesta.

Ujar beliau, China tetap mempertahankan penggunaan ruang angkasa lepas secara damai, mengadakan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang tersebut serta bersedia berkongsi hasil penyelidikan berkenaan dengan dunia.

徐国玮