Permohonan Ubat Kanser China Dikaji Semula oleh FDA

2021-05-19 15:25:57  CRI
Share with:

Jabatan Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarika (AS) telah menerima permohonan ubat Sintilimab, sejenis ubat kanser yang dibangunkan bersama oleh syarikat Innovent Biologics China dan syarikat farmasutikal Eli Lilly and Company yang berpangkalan di AS.

Kedua-dua syarikat bersama-sama mengumumkan berita tersebut pada Selasa.

Innovent Biologics telah melakukan penyelidikan ubat Sintilimab di peringkat awal, dan mula menjalankan kerjasama dengan Eli Lilly and Company pada tahun 2015. Hasil penyelidikan itu telah diterbitkan di journal Lancet Haematology pada 2019.

Menurut Presiden Innovent Biologics, Liu Yongjun, FDA akan mengkaji semula permohonan tersebut, dan melakukan pemeriksaan lebih lanjut sebelum membuat keputusan maktamad.

胡星