China: Galak AS, Iran Pulihkan Semula Perjanjian Komprehensif

2021-05-20 15:44:07  CRI
Share with:

Pelbagai pihak berkaitan harus mempergiat usaha menggalakkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran melaksanakan semula perjianjian komprehensif isu nuklear Iran, bersikap rasional dan pragmatik untuk mengemukakan cadangan yang membina dalam pembatalan sekatan, langkah-langkah terperinci dan lain-lain, agar perjanjian itu dapat dipulihkan secara komprehensif dan berkesan.

Perunding utama, yang juga Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Wang Qun menyatakan demikian ketika berucap pada mesyuarat berhubung isu nuklear Iran di Vienna pada Rabu.

Beliau berkata, China juga berharap Iran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) boleh mengcapai persepakatan mengenai pelanjutan Persefahaman Teknologi Dua Hala Sementera.

Tegas beliau, China mengambil sikap adil dalam isu nuklear Iran, bersedia berusaha bersama dengan pelbagai pihak terlibat untuk menggalakkan proses rundingan berkaitan.

胡星