Kapal AS Diamarkan Tinggalkan Perairan Xisha

2021-05-21 13:16:56  CRI
Share with:

Kapal pembinasa peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) memasuki perairan Xisha China tanpa izin kerajaan China baru-baru ini. Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah menghantar pasukan laut dan udara memantau kapal itu serta memberi amaran kepada kapal berkenaan meninggalkan perairan China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media semalam berkata, AS memasuki perairan Kepulauan Xisha tanpa izin, ini mengancam kedaulatan dan keselamatan China, menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan dan dibantah keras oleh China.

China menggesa AS menghentikan tindakan provokatif seumpama itu. Di samping itu, negara ini akan mengambil langkah-langkah perlu untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

胡星