19 Mei lalu, China sebarkan kepada khalayak ramai gambar yang diambil oleh kenderaan perayau Zhurong di Marikh.
Tanpa berlengah, gambar tersebut terus ditunjukkan oleh Ketua Pengarah NASA, Bill Nelson dalam mesyuarat belanjawan 2022 di Senat negara itu untuk menyeru lebih banyak peruntukan diberikan kepada NASA.
Bill Nelson sebelum ini juga antara mereka yang ikut berita palsu media Barat mengecam China tidak bertanggungjawab dalam menangani serpihan penerbangan angkasa lepas.
Tapi, setelah serpihan roket Changzheng-5B Y2 yang belum terbakar dalam atmosfera gugur ke laut dengan selamat, ketidakprofesionalan KP NASA ini didedahkan kepada seluruh dunia.
Ini karana Bill Nelson merupakan seorang peguam dan Senator Negeri Florida.
Betul, beliau pernah menerima latihan angkasawan dan menjadi Senator kedua dalam sejarah Amerika Syarikat yang memasuki angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa lepas STS Columbia pada tahun 1986, tapi kita tahu di AS terdapat tokoh-tokoh dari pelbagai bidang seperti guru sekolah yang turut menerima latihan angkasawan.
Dan persembahanan politik itu langsung tidak mengubah ketidak profesionalan Bill Nelson dalam bidang ini.
Bagaimanapun, sebagai tokoh politik, Bill Nelson menjawat KP NASA amat membantu menguruskan hubungan kalangan pakar dan saintis dengan Washington, sebab beliau tahu bagaimana mendapat sokongan peruntukan dari Washington.
Contohnya adalah mengada-adakan ancaman dan membesarkan cabaran dari China.
Beberapa tahun ini, satu trend menjadi semakin jelas di arena politk di AS. Trend tersebut adalah, kalau nampak tiada perkataan ‘China’ sebagai alasan, maknanya pelbagai agenda dalaman negara itu susah diteruskan.
Sebaliknya, apa jua cadang yang tidak masuk akal, kategorikan sahaja ia sebagai ‘ancaman China’, maka ia akan menjadi pragmatik.
Negara itu jelas gagal mengawal pandemik pada tahun lalu, tapi dengan mengada-adakan pelbagai konspirasi berkaitan dengan China, kesilapan pemimpin negara dan kerajaan diketepikan.
Ketika Presiden Joe Biden mengemukakan rancangan membebaskan paten hak harta intelek vaksin COVID-19 namun beliau menghadapi bantahan keras, pegawai Washington segera menarik balik dengan alasan ini akan memberi manfaat kepada China.
Dalam Persidangan Kawalan Senjata PBB yang diadakan di Geneva baru-baru ini, utusan AS menghitamkan China lagi yang menolak rundingan kawalan senjata nuklear.
Ia mungkin kerana terdapat laporan oleh media Rusia yang menyatakan bahawa dalam setengah tahun lalu, peluru nuklear Rusia dikurangkan sebanyak 100, manakala AS hanya mengurangkan 3 saja.Ambil jalan mudah, AS terpaksa mencari kambing hitam lagi, betul, China.
China menolak menyertai rundingan kawalan senjata nukelar tiga pihak, dan pastinya ia mengganggu usaha kawalan senjata AS. Mungkin ini logik yang mahu dibentangkan oleh AS.
Tapi berdasarkan perjanjian kawalan senjata nuklear antara AS dan Rusia, sasarannya mengurangkan peluru nuklear kedua-dua negara kepada 1500 menjelang tahun 2021.
Berdasarkan laporan perkembangan ketenteraan China 2020 yang dikeluarkan oleh Washington, peluru nukelar China hanya mencatat kira-kira 200 saja.Jelas bukan China belum berkelayakan untuk berunding dalam kawalan senjata muklear bersama AS dan Rusia.
Maksudnya nak China menambak peluru nuklear kepada 1500? Atau AS dan Rusia mengurangkan peluru nuklear mereka kepada 200?
China dan AS memang kedua-dua kuasa terbesar di dunia ini, dan tentunya ada persaingan.Melihat pihak lain sebagai pesaing yang kuat ini rasional, bahkan membantu merangsang perkembangan sendiri, seperti apa yang berlaku di China. Tapi kalau mengada-adakan ancaman bahkan menghasut kebencian ini tidak sepatutnya berlaku.
China selalu berusaha mengelakkan perangkap “Thucydides”, tapi nampaknya AS hanya nak mengadakan permainan “zero-sum”.Impaknya? Bukan sahaja terkesan kepada kedua-dua negara, malah turut mengancam dunia.