Projek Penanaman Padi Kacukan Saksi Kejayaan Di Myanmar

2021-05-24 13:21:52  CRI
Share with:

Projek Penanaman Padi Kacukan Saksi Kejayaan Di Myanmar_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_6f7cd6f5-e1cd-473b-8a26-09caa2c2b1f3

Penanaman padi kacukan di Myanmar dengan bantuan China sejak tahun 2016 kini dicatatkan seluas 13.3 ribu hektar dengan jumlah pengeluarannya meningkat sekali ganda berbanding sebelum ini.

Ketua Pengarah Bahagian Urusan Luar Syarikat Sains dan Teknologi Benih Mingtian Jiangsu, Jiang Yintao berkata demikian semasa temu ramah Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Projek Penanaman Padi Kacukan Saksi Kejayaan Di Myanmar_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_2dcc3bd1-55f5-4c2d-8fe7-f665d5bd72a3.JPG

Menurut Jiang, pertukaran dan kerjasama China-Myanmar dalam bidang padi kacukan juga membuahkan banyak hasil.

Sebagai contoh, beliau berkata seramai lebih 60 pakar teknikal pertanian Myanmar telah mempelajari teknologi penanaman dan kaedah pengeluaran padi yang paling maju dalam kursus latihan anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan Syarikat Pertanian Teknologi Tinggi Yuan Longping yang berlangsung selama 45 hari di Nay Pyi Daw pada tahun 2019. 

Untuk rekod, Myanmar merupakan negara pengeluar dan pengeksport beras ketujuh terbesar di dunia.

Namun demikian, petani tempatan menghadapi kesukaran untuk meningkatkan pendapatan akibat keterbelakangan teknologi pengeluaran.

Projek Penanaman Padi Kacukan Saksi Kejayaan Di Myanmar_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_10239377-12c1-445e-86b6-895475ca83fe.JPG

Kaunselor perdagangan Kedutaan China di Myanmar, Tan Shufu berpendapat, penanaman padi kacukan berpotensi besar untuk berkembang di Myanmar pada masa depan.

Jelasnya, sekiranya keluasan penanaman diperluaskan, ia bukan sahaja dapat membantu negara itu menjamin keselamatan bijirin, tetapi juga meningkatkan pengeksportan beras bagi menambah pendapatan mata wang asing.

张宪