Usul Melibatkan Taiwan Ditolak WHA Sekali Lagi

2021-05-25 14:37:19  CRI
Share with:

Jawatankuasa Am dan Sidang Pleno Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada semalam menolak usul “mempelawa Taiwan sebagai pemerhati bagi Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA)”.

Keputusan itu secara tidak langsung menandakan WHA telah menolak usul berkenaan untuk tempoh lima tahun berturut-turut dan membuktikan bahawa prinsip “Satu China” yang menjadi kelaziman masyarakat antarabangsa tidak boleh dicabar.

Ketua Misi China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu menegaskan, Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China.

"Usul berkenaan melanggar Piagam PBB, di samping melanggar Undang-undang Organisasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Peraturan Perbincangan WHA.

"Ia didapati bercanggahan dengan resolusi  2758 Perhimpunan Agung PBB dan resolusi 25.1 WHA, justeru ia adalah tidak sah", kata beliau.

Chen berkata, keanggotaan Taiwan dalam WHA seharusnya diadakan berdasarkan prinsip “Satu China” dan perbincangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) yang berpendirian “Kemerdekaan Taiwan” dan menolak kebenaran, sudah kehilangan asas politik penglibatan diri dalam WHA.

Dimaklumkan, kerajaan pusat telah membuat penyusunan yang teratur terhadap penyertaan Taiwan dalam hal ehwal kesihatan global.

Jelas Chen, ia termasuk mengumumkan maklumat tentang COVID-19 sebanyak 260 kali, mengesahkan penyertaan pakar kesihatan Taiwan dalam aktiviti WHO, dan menerima maklumat dari Sekretariat WHO sejak pandemik tercetus.

Oleh itu tegasnya, tiada yang isitilah "masuk campur sistem antarabangsa dalam isu mencegah wabak".

曹捷