32 Maut Letusan Gunung Berapi di DRC

2021-05-25 13:51:15  CRI
Share with:

Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi Nyiragongo di wilayah Kivu, Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 32 orang setakat semalam.

Gunung berapi itu dilaporkan meletus bermula pukul 7 malam Sabtu sehingga menyebabkan ribuan penduduk terpaksa melarikan diri ke negara jiran Rwanda.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar Goma, Nyiragongo antara gunung berapi yang paling aktif di Afrika.

Letusannya yang berlaku pada 2002 mengakibatkan kebanyakan kawasan di Goma diselubungi limpahan lahar, selain lebih 500 ribu orang terpaksa meninggalkan kampung halaman.

覃淼