China, Vietnam Sasar Dimensi Baharu Kerjasama

2021-05-25 12:40:42  CRI
Share with:

China bersedia bekerjasama dengan Vietnam ke arah membentuk satu komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc menerusi telefon pada Isnin.

Xi turut mengulangi kesediaan untuk bersama-sama Vietnam memberi konotasi baharu kepada kerjasama strategik komprehensif pada era baharu ini, sekali gus membuka demensi baharu hubungan dua hala.

Beliau menyarankan kedua-dua negara terus mempergiatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelan "Dua Koridor Satu Lingkaran", di samping memperluas perdagangan bilateral dan mempercepat kesalinghubungan infrastruktur.

Nguyen Xuan Phuc pula menzahirkan kesediaan untuk bersama-sama China melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, selain mengintensifkan usaha sama melibatkan ekonomi, pembendungan pandemik COVID-19, golongan belia dan sosiobudaya.

周乔西