China, Sumber Import Terbesar bagi Britain

2021-05-26 11:29:28  CRI
Share with:

China, Sumber Import Terbesar bagi Britain_fororder_71420472

Pada suku pertama 2021, jumlah perdagangan antara Britain dengan negara bukan Kesatuan Eropah (EU) dicatatkan melebihi EU dengan China mendahului Jerman sebagai sumber import terbesar bagi Britain.

Menurut data yang diumumkan Pejabat Statistik Kebangsaan Britian, pada Januari hingga Mac 2021, jumlah perdagangannya dengan EU menyusut 23.1 peratus berbanding suku tahun pertama 2018.

Namun begitu, jumlah perdagangannya dengan negara bukan EU direkodkan hanya berkurangan pada kadar 0.8 peratus sahaja.

Dimaklumkan, sejak suku kedua tahun 2020, jumlah import Britain dari China mengatasi negara lain, dan terus menunjukkan kenaikan.

Ini terbukti dengan kadar import dari China mencatat 16.1 peratus dalam jumlah keseluruhan import Britain pada suku pertama 2021, iaitu melambung 65.6 peratus berbanding suku pertama 2018.

Dalam perkembangan lain, China buat kali pertama mendahului Jerman sebagai pasaran import terbesar bagi Britain susulan peningkatan permintaan terhadap tekstil keluaran China untuk pengeluaran pelitup muka dan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) ketika pandemik COVID-19.

Sementara itu, bertambahnya keperluan Britain terhadap peralatan elektrik yang dikeluarkan China dalam tempoh kuarantin pula menyumbang kepada peningkatan jumlah perdagangan bilateral.

高蕾