Sumbangan Vaksin COVID-19 China Dihargai

2021-05-26 15:29:08  CRI
Share with:

Wakil pelbagai negara yang menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-74 pada Selasa, merakamkan penghargaan kepada China yang menyumbang vaksin COVID-19 untuk membantu usaha melawan wabak di negara lain.

Wakil Senegal berkata, negara itu memulakan program pemvaksinan COVID-19 pada 23 Februari lalu. Dalam pada itu, vaksin dari China antara bekalan pertama yang diterima negaranya.

Wakil Uganda merakamkan terima kasih kepada China yang berkongsi urutan genom virus berkenaan dengan pelbagai negara, sekali gus membolehkan vaksin dapat dihasilkan dengan lebih awal.

Wakil dari Mesir pula berkata, pihaknya telah menjalinkan hubungan konstruktif dengan anggota lain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha berkaitan vaksin COVID-19, antaranya kerjasama dengan China sangat rapat.  

张哲