India Rekod 11,717 Kes Kulat Hitam

2021-05-27 13:24:18  CRI
Share with:

India Rekod 11,717 Kes Kulat Hitam_fororder_xz

Jumlah kumulatif kes jangkitan “kulat hitam” di India melepasi angka 11,717, kata Menteri Kesatuan Kimia dan Baja, DV Sadananda Gowda menerusi hantarannya dalam media sosial, pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, setakat ini, negeri Gujarat di barat India merekodkan 2,859 kes jangkitan “kulat hitam” dikenali sebagai mukormikosis, manakala New Delhi sebanyak 620.

Difahamkan, terdapat 10 negeri mengumumkan epidemik mukormikosis susulan kadar kematian melepasi 50 peratus.

董筱娉