Hubungan China-Malaysia Semakin Kukuh Hadapi Pandemik

2021-05-27 16:12:09  CRI
Share with:

Hubungan China-Malaysia Semakin Kukuh Hadapi Pandemik_fororder_0525a.JPG

Dengan pandemik yang terus menular dan pembahagian vaksin yang tidak adil di dunia, kerjasama melawan COVID-19 membuka mata kita untuk memandang hubungan antarabangsa dengan lebih mendalam.

Minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Perdana Menteri China Li Keqiang secara maya dan kerjasama antarabangsa melawan wabak COVID-19 menjadi topik penting pemimpin kedua-dua negara.

Malaysia merupakan negara pertama yang memeterai perjanjian kerjasama vaksin antara kerajaan dengan China dan juga paling awal mencapai aturan keuntungan bersama vaksinasi dengan China.

PM Li berkata, China menyokong Malaysia meningkatkan daya pengeluaran vaksin, dan menyokong jabatan kesihatan dan pakar perubatan kedua-dua negara berkongsi pengalaman.

Beliau turut menzahirkan harapan agar warga China di Malaysia dapat menerima suntikan vaksin secepat mungkin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, pihaknya berharap agar terus merapatkan kerjasama dengan China dalam melawan wabak. Malaysia akan memberikan kemudahan kepada warga China di negara itu untuk menerima suntikan vaksin.

Saling menyediakan kelengakapan melawan COVID-19, bekerjasama mengeluarkan vaksin, bahkan warga Malaysia di China boleh menggunakan vaksin secara percuma.

Ini semua telah memperlihatkan hubungan bilateral China-Malaysia yang kukuh sejak sekian lama bahkan mendahului banyak negara serantau.

Satria berpendapat, dengan keprihatinan pemimpin kedua-dua negara, kerjasama kedua-dua negara kita dalam bidang melawan COVID-19 akan ditingkatkan lagi.

Hubungan China-Malaysia Semakin Kukuh Hadapi Pandemik_fororder_1ad5ad6eddc451da47866d61826ed86ed1163267

Presiden China Xi Jinping baru-baru ini menyatakan dalam Sidang Kemuncak Kesihatan Global bahawa China telah menyediakan lebih 300 juta vaksin kepada dunia dan akan terus berusaha menyediakan sebanyak mungkin vaksin.

Pada masa yang sama, kerajaan China juga menyokong syarikat vaksin China mengalihkan teknologi kepada negara-negara membangun, mengadakan kerjasama pengeluaran vaksin.

China menyokong Malaysia meningkatkan daya pengeluaran vaksin, maksudnya kerjasama kita bukan sahaja seperti yang diadakan masa ini, iaitu syarikat China menyediakan bahan mentah untuk dibotolkan di kilang di Malaysia saja.

Jadi pada hemah Satria, kerjasama kita berkemungkin ditingkatkan seperti di Emiriah Arab Bersatu dan Mesir, dengan peralihan teknologi mengeluarkan vaksin di tempatan.

Ini merupakan berita baik bagi Malaysia yang sedang menghadapi pertambahan kes baharu tertinggi dan juga kekurangan vaksin.

Ini juga merupakan berita baik bagi China, sebagai sejak sekian lama Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi China antara negara-negara ASEAN.

Akibat pandemik hubungan kita terputus dan ini juga akan membawa impak besar kepada China. Walau bagaimanapun, perdagangan bilateral kita masih memperlihatkan peningkatan sebanyak5.7% pada tahun lalu. Potensi kerjasama ekonomi kita pada situasi New Normal lebih besar.

Membantu pelbagai negara baik pulih dari pandemik bermanfaat bagi keselamatan domestik dan perkembangan ekonomi China.

Bukan sahaja hubungan ekonomi kita cukup erat, rasa saling mempercayai dalam bidang politik pula mendahului pelbagai negara lain di rantau ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini memberi amaran bahawa negara-negara Dialog Keselamatan Empat Pihak (Quad) harus bertindak teliti dan jangan menyalakan api kemarahan China agar lantunan semula ekonomi global yang serius dapat dielakkan.

Beliau mencadangkan anggota Quad, iaitu Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia dan India berhubung dengan Beijing secara berasingan, dan jangan cuba bergembleng tenaga untuk menghalang pengaruh China yang semakin meningkat di Indo-Pasifik dan Laut China Selatan.

Sebab ini strategi yang ketinggalan zaman, maka China yang menghadapi halangan mesti bertindakan balas.

Ini bukan pandangan pribadi saja Tun M, juga dasar luar yang dikekalkan oleh Malaysia ketika menghadapi persaingan kuasa besar. Tidak berat sebelah dan mengutamakan kestabilan serantau, ini adalah sikap sebenar sahabat lama yang dihargai oleh China.

Kerjasama melawan COVID-19, hubungan ekonomi dan rasa saling mempercayai politik yang mendahului pelbagai negara lain menjamin hubungan China-Malaysia lebih cemerlang pada zaman pasca pandemic kelak.

张弘