Pada beberapa tahun kebelakangan ini, asas industri sendiri yang kukuh dan lokasi strategik yang berjiran dengan bandar raya Beijing dan Tianjin dimanfaatkan sepanjang proses transformasi dan penaiktarafan industri di Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Baharu bandar Chengde, provinsi Hebei.
Selain itu, Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Baharu bandar Chengde yang juga menjadi lokasi baharu bagi syarikat yang berpindah dari premis asalnya di bandar Beijing dan Tianjin, memupuk dan menjana pembangunan kluster industri pembuatan peralatan yang mengutamakan pengeluaran instrumentasi, komponen kereta dan bas sumber tenaga alternatif, dengan tujuannya memacu pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi.
Pada masa ini, terdapat 17 syarikat pembuatan peralatan yang berskala besar berpangkalan di zon tersebut.