China Akan Sediakan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan USD1 Juta Kepada Palestin

2021-05-28 13:11:05  CRI
Share with:

Melihat kepada keadaan situasi yang semakin buruk di wilayah Gaza, China akan memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan sebanyak USD1 juta (RM 4.13 juta) kepada Palestin.

China Akan Sediakan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan USD1 Juta  Kepada Palestin_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_d2d95931-e074-4a54-9967-601f118d35ef

Wakil Tetap China ke pejabat PBB di Geneva merangkap Wakil China ke Pertubuhan Antarabangsa di Switzerland, Chen Xu berkata demikian dalam ucapannya menerusi rakaman video eksklusif semalam.

"China juga akan menyumbang USD 1 juta lagi dan 200 ribu dos vaksin COVID-19 kepada Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).

"Selain itu, pada 27 Mei, China turut menyuarakan sokongan kepada sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNHRC) mengenai keadaan hak asasi kemanusiaan di wilayah Palestin yang ditakluki", jelas Chen.

Tambah beliau, China menggesa Israel menghentikan tindakan merobohkan rumah dan mengusirkan penduduk Palestin serta menghentikan pembinaan pusat penempatan yang disifatlam sebagai mencabul hak asasi kemanusiaan.

Sementara itu, Israel juga digesa mengekalkan dan menghormati status sejarah tapak suci di Baitulmuqaddis, menamatkan sekatan ke atas wilayah Gaza dan menjamin hak serta kepentingan rakyat Palestin yang sah.

Menurut Chen, China mengalu-alukan gencatan senjata yang diwujudkan oleh Palestin dan Israel, dan pihak berkaitan diharap dapat menghentikan keganasan secara jujur.

张宪