Amalan Multilateralisme, Penyelesaian Rungkai Krisis Global

2021-05-29 16:09:28  CRI
Share with:

Adalah mustahak menjunjung amalan multilateralisme dan meningkatkan kolaborasi antarabangsa ketika menangani krisis yang melanda dunia ketika ini.

Demikian antara kata sepakat yang dicapai pemimpin pada Sidang Kemuncak Penyelesaian Global 2021 yang berlangsung secara maya di Berlin, Jerman pada Jumaat.

Canselor Jerman Angela Merkel berkata, dunia perlu mengambil iktibar daripada penularan pandemik COVID-19 bahawa umat manusia sebuah komuniti berkongsi nasib dan kebergantungan antara satu sama lain mampu membantu mengharungi detik-detik mencabar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut menggesa kapasiti pengeluaran vaksin COVID-19 meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda untuk memastikan negara berpendapatan rendah boleh mendapat akses kepada vaksin secara adil.

董筱娉