PBB Kenang Jasa Anggota Pengaman

2021-05-29 15:05:32  CRI
Share with:

PBB Kenang Jasa Anggota Pengaman_fororder_29b

Upacara meletakkan kalungan bunga diadakan di sini pada Khamis, sebagai simbolik memperingati seramai 4,000 anggota pasukan pengaman yang terkorban dalam misi di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB Kenang Jasa Anggota Pengaman_fororder_29a

PBB Kenang Jasa Anggota Pengaman_fororder_29c

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres hadir pada upacara tersebut dengan menganugerahkan anumerta medal Dag Hammarskjold kepada 129 orang anggota pengaman antaranya dua anggota tentera China yang terkorban pada 2020 hingga Januari 2021.

Beliau turut menghargai jasa dan khidmat bakti mereka dengan mengatakan tanpa kehadiran pasukan pengaman, tiada kedamaian yang dikecapi.

Difahamkan, upacara berkenaan berlangsung sempena Hari Sedunia bagi Anggota Pasukan Pengaman PBB yang disambut pada hari ini.

Untuk rekod, anggota tentera dan pegawai polis China mendapat pendedahan berguna sepanjang penglibatan dalam 30 misi pengaman PBB sejak 1990, dengan seramai lebih 50,000 orang dikerahkan ke 20 negara dan wilayah, antaranya Kemboja, Liberia, Sudan, Lubnan dan Mali.

Kini, seramai 2,500 anggota tentera China ditugaskan di lapan lokasi serta ibu pejabat PBB.

董筱娉