Pencapaian Inovasi Sians dan Teknologi Harta Bersama Warga Dunia

2021-05-31 14:51:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_77094b36acaf2edd2894c219115e93e1380193b4

Kemandirian dalam bidang sains dan teknologi adalah asas kepada pembangunan negara, sementara pencapaian inovasi sains dan teknologi seharusnya menjadi harta bersama warga dunia.Ini telah dibuktikan dalam usaha melawan COVID-19 pada peringkat global.

Pakar sistem pernafasan terkenal di China, Dr. Zhong Nanshan semalam menyatakan bahawa ketika menghadapi kesukaran dalam penyelidikan sains, beliau tidak menaruh harapan terhadap bantuan oleh negara-negara lain.

Bagi Satria, apa yang beliau kata itu memang ada asasnya.

图片默认标题_fororder_e61190ef76c6a7efb1094a2259b43d59f3de665a

Ambil contoh vaksin COVID-19 yang menggunakan teknologi mRNA, janji Joe Biden untuk membebaskan paten pun masih menghadapi bantahan keras dan tidak kelihatan kemungkinan terwujud dalam jangka pendek.

Apatah lagi jika disebut tentang peralihan teknologi, vaksin mRNA pun susah dibeli oleh negara-negara membangun, malahan ia telah diborong oleh negara-negara Barat.

Bagaimanapun, menurut Dr. Zhong, 3 jenis vaksin COVID-19 China yang menggunakan mRNA pun dalam percubaan fasa ke-3.

Untuk menyelidik vaksin COVID-19, China melalui 5 jenis teknologi berbeza dan kini, terdapat 5 jenis vaksin yang dihasilkan dan digunakan China sendiri serta menyaksikan lebih 600 juta dos vaksin telah disuntik.

Tambahan lagi, dengan semakin banyak vaksin disiapkan, dalam 5 hari kebelakangan ini sahaja, terdapat 100 juta dos vaksin telah digunakan yang sekali gus meningkatkan kadar imunisasi ditingkatkan secara pesat.

Pada masa yang sama, penyediaan vaksin China kepada dunia buat ketika ini telah melebihi 250 juta dos.Berdikari dan memberi sumbangan kepada dunia, ini merupakan semangat yang tersemat dalam kalangan saintis China.

Minggu lalu, beberapa ahli senior Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China turut meninggal dunia.Antaranya termasuk Wu Mengchao dan Yuan Longping.Kesemua merupakan adaah cerminan semangat tersebut dan dihargai tinggi oleh masyarakat serta kerajaan China.

Satria amat gembira membaca laporan Hari See Hua Malaysia mengenai hubungan rapat Dr. Wu Mengchao dengan Malaysia serta semangat beliau kembali dari Malaysia untuk menyelamatkan Tanah Air dalam perang melawan pencerobohan Jepun, akhirnya menjadi pengasas pembedahan hepatobilliari di China.

Satria juga amat terharu melihat Akhbar Pertanian Vietnam khusus menerbitkan rencana memperingati “Bapa Padi Kacukan China” Yuan Longping dan mengutus kawat takziah kepada ahli keluarga beliau.

Kini padi kacukan ciptaan beliau ditanam secara meluas di Vietnam, Indonesia, Kemboja bahkan Asia Selatan dan Afrika, membantu menyelesaikan kekurangan makanan dan pembasmian kemiskinan global.

张弘