Hal Imunisasi Selesai, AS Kini‘Tunggang’Isu Pandemik Untuk Agenda Politik

2021-05-31 14:55:09  CRI
Share with:

Hal Imunisasi Selesai, AS Kini‘Tunggang’Isu Pandemik Untuk Agenda Politik_fororder_src=http-%2F%2Finews.gtimg.com%2Fnewsapp_bt%2F0%2F11592682318%2F1000&refer=http-%2F%2Finews.gtimg

Pengembalian Dr. Fauci sebagai Penasihat Perubatan Utama ke White House setelah Joe Biden menjawat Presiden AS pernah dilihat tanda mengembalikan semangat sains dalam melawan pandemik di AS.

Tapi itu dahulu. Kini, jelas ini salah jangkaan dunia saja.

Baru-baru ini, pelbagai Senator dan media AS turut mempersoalkan Dr. Fauci mengenai dana Institut Kebangsaan Alergi dan Penyakit Jangkitan (NIAID) yang disediakan kepada Institut Pengajian Virus Wuhan.

Ini jelas untuk menyokong agenda kerajaan AS yang terus mendakwa virus COVID-19 dibocorkan dari makmal Wuhan.

Menghadapi tekanan secara berlarutan, nampaknya Dr. Fauci bersusah payah mengawal virus COVID-19 terpaksa mengeluarkan kenyataan serba salah.

Pada mulanya, beliau menyatakan keyakinan terhadap keprofesionalan terhadap rakan sekerjanya di China.

Tapi, tiba-tiba beliau menyatakan lagi kurang pasti terhadap virus berasal secara semula jadi atau tidak dan bertindak menyokong mengadakan siasatan terhadap China.

Selang satu dua hari, Dr Fauci menyatakan lagi kemungkinan paling terbesar tetap merupakan virus itu berasal dari alam sekitar, tapi menyokong siasatan lagi terhadap China.

Jelas saintis yang paling berwibawa di AS ini pun terpaksa berlutut di depan agenda politik, mengeluarkan kenyataan yang berlanggar dengan keprofesionlannya.

Dan sebenarnya kalangan saintis di dunia telah berpecah dek kerana agenda politik AS.

Sebahagian “pakar” memilih mengikuti nada kerajaan AS untuk menghitamkan China manakala sebahagian lain pakar yang jujur mengkritik mereka yang memalukan golongan saintis dan menggesa kerajaan AS menunjukkan bukti yang ‘diperam’ mereka sejak sekian lama.

Joe Biden juga secara terus-terang mengarahkan jabatan perisikan negara itu mengeluarkan keputusan siasatan terhadap punca COVID-19 dalam tempoh 90 hari.

Keputusan penyelidikan dari pakar WHO diketepikan, sebaliknya diarahkan pula jabatan perisikan mengadakan siasatan.

Sebenarnya dengan tekanan dari sang Presiden, keputusan dari jabatan perisikan AS sudah boleh dipastikan oleh Satria, “dengan bukti jelas COVID-19 dibocorkan dari makmal China”.

Cuba imbas kembali “bukti jelas” senjata biokimia yang disediakan oleh mereka kepada Colin Powell untuk ditunjukkan di PBB.

Seperti biasa, media juga akan memainkan peranan mereka dalam agenda kerajaan AS.

The Wall Street Journal baru-baru ini menerbitkan rencana yang menceritakan 3 orang saintis dari makmal Wuhan terjangkit penyakit cukup teruk pada bulan November tahun 2019 dan meminta rawatan ke hospital.

Maksudnya mendakwa mereka telah terjangkit COVID-19 yang kebocoran dari makmal Wuhan.

Jadi Satria nak tanya, kalau begitu, sebagai pakar profesonal dari makmal virus peringkat tertinggi di dunia, adakah mereka tahu bahawa mereka terjangkit oleh virus yang mereka sendiri selidik?

Kalau begitu, apakah pula rasionalnya mereka meminta bantuan untuk ke hospital biasa?

Bukankah makmal mereka sepatutnya ada prosedur penanganan lebih profesional?

Kalau mereka tidak tahu kebocoran virus, ini mesti telah mengekorkan kemalangan seperti permainan elektronik “Biohazard” yang menyaksikan virus terus bocor di makmal hingga semua kaki tangan terjangkit. Tiga pakar tersebut pun membawa virus itu ke hospital awam mengekorkan penularan di seluruh bandar.

Berdasarkan kepesatan penularan COVID-19, wabak seharusnya segera tercetus pada bulan November, mana mungkin berkurung hingga 23 Januari 2020 dan dibuka semula pada dua bulan selepas itu?

Amat sedih ketika melihat Joe Biden memilih terus mempolitikkan pandemik setelah melihat program imunisasai di negara itu telah terjamin. Tapi lihat situasi di dunia ini, virus terus mutasi bahkan menular lebih cepat di negara lain termasuk India dan Asia Tenggara.

Dunia sudah bosan melihat sandiwara yang dilakonkan oleh AS, yang penting bersama-sama mengatasi pandemik ini.

Bagi Satria, kalau AS tidak mahu membantu pun kita faham sebab itu memang pe’el mereka… tapi sekurang-kurangnya mereka boleh kawal diri dan diam sahaja pun dah lebih daripada mencukupi!.

张弘