Tiada Bukti Sokong Dakwaan COVID-19 Berasal Dari Makmal

2021-05-31 14:49:29  CRI
Share with:

Tiada bukti sokong dakwaan koronavirus baharu berasal dari makmal.

Demikian dikatakan Profesor Dominic Dwyer, anggota pasukan pakar antarabangsa mewakili Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal-usul COVID-19, yang juga pakar dari Universiti Sydney  dalam temu bual dengan media Australia baru-baru ini.

Dominic Dwyer berpendapat, tindakan mempolitikkan asal usul COVID-19 untuk mengaut keuntungan tidak kondusif bagi penanganan masalah, dan penyelidikan berkenaan perlu terus diterajui ahli sains.  

Ketika menyebut tentang suara yang mempersoalkan laporan bersama China-WHO mengenai asal usul COVID-19 dan arahan Presiden AS, Joe Biden yang menyuruh agensi perisikannya menjalankan siasatan ke atas asal usul virus berkenaan, Dominic Dwyer mempertahankan hasil siasatan pasukannya dengan berkata, pihak AS gagal menyediakan sebarang maklumat yang berguna setakat ini.

Dominic Dwyer berkata, pihak Wuhan bersikap “amat terbuka” terhadap pasukan pakar antarabangsa dalam tempoh penyiasatan asal-usul pandemik itu. “Bukti yang kami peroleh, soalan yang kami tanya dan jawapan yang kami mendapat sememangnya seperti yang kami harapkan. Jika penyiasatan yang serupa dijalankan di Australia, New Zealand atau di tempat lain, maklum balas yang kami harapkan pun hampir sama.” Ujarnya.

曹捷