AS Yang Politikkan Punca COVID-19, Keji!

2021-06-01 12:41:05  CRI
Share with:

Pada saat Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-74 sedang diadakan, masyarakat antarabangsa berharap memperhebat kerjasama untuk mengalahkan wabak COVID-19 dengan secepat mungkin. Bagaimanapun, segelintir politikus dan agensi media Amerika Syarikat (AS) menggembar-gemburkan khabar angin tentang "koronavirus baharu terbocor dari makmal" yang sebenarnya telah dinafikan dalam laporan penyelidikan sains. Mereka berniat mereka-reka komplot pusingan baharu mengenai usaha mengesan asal usul COVID-19 dan melanjutkan permainan politik bagi mengambinghitamkan China.

Mengesan punca COVID-19 adalah isu sains yang serius dan rumit, dan sebarang kesimpulan patut dibuat berdasarkan prinsip menghormati sains dan teknologi. Menurut laporan bersama yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China pada 30 Mac lalu, koronavirus baharu "sangat tidak mungkin" menjangkiti umat manusia menerusi makmal. Ini persepakatan yang dicapai pakar antarabangsa dengan pakar China berasaskan keputusan pengajian yang objektif, saintifik dan berwibawa.

Walau bagaimanapun, AS yang enggan mengambil kira kegagalan sendiri dalam menangani wabak dan perincian dalam mengesan punca COVID-19 dalam negerinya yang banyak dipersoalkan, memilih menguar-uarkan khabar angin dan fitnah, malah secara terang-terangan mengarahkan jabatan perisikan negaranya menampil menyiasat asal usul virus berkenaan. Tindakan seumpama itu membuktikan bahawa mereka sama sekali tidak mengambil kira fakta yang benar, dan terus meletakkan politik di atas sains untuk mengaut keuntungan sendiri. Perbuatan yang keji ini mana boleh diterima masyarakat antarabangsa?!

高蕾