Vaksinasi COVID-19 di China Melebihi 639 Juta Dos

2021-06-01 15:06:18  CRI
Share with:

Kempen vaksinasi COVID-19 dipercepat di China, dan sehingga hujung Mei, jumlah yang telah disuntik di seluruh negara telah melebihi 639 juta dos, memetik maklumat dari sidang taklimat Dewan Negara China pada Isnin. 

Pada masa yang sama, China juga telah membekalkan sejumlah 300 juta dos vaksin kepada negara-negara lain sambil menyatakan vaksin buatan China mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi.

Pengeluar vaksin, SINOPHARM menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menghasilkan vaksin baharu yang mampu mengekang pelbagai varian virus COVID-19.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), Mi Feng berkata, jumlah vaksinasi dicatatkan sebanyak 12.47 juta setiap hari pada Mei lalu, iaitu meningkat 2.58 kali ganda berbanding dengan April.

Memahami kepentingan vaksin sebagai pencegah penularan wabak, China akan menunaikan janjinya untuk membekalkan vaksin sebagai produk umum.

Ia membolehkan negara-negara membangun mampu memperoleh vaksin buatan China.

徐国玮