OECD: China Penstabil Pertumbuhan Ekonomi Dunia

2021-06-01 15:05:07  CRI
Share with:

Kadar pertumbuhan ekonomi dunia diunjur mencatat 5.8 peratus pada tahun ini dan 4.4 peratus pada tahun hadapan, memetik laporan prospek ekonomi dunia terkini yang diedarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), pada Isnin.

OECD meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat 8.5 peratus pada tahun ini.

Unjuran tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan unjuran pada Mac, iaitu 7.8 peratus.

Dalam statistik yang dikeluarkan OECD, ekonomi China pada suku tahun ketiga tahun 2020 telah pulih kepada paras sebelum tercetusnya wabak COVID-19 pada suku tahun keempat 2019.

"Ekonomi China adalah lebih fleksibel dan pulih dengan lebih cepat susulan pengamalan dasar penting oleh kerajaan serta kejayaan mengawal penularan wabak", jelas pertubuhan itu.

Selain itu, OECD menjangkakan bahawa pelaburan akan menjadi penggerak utama bagi ekonomi China pada 2021, manakala jumlah eksport akan meningkat dan penggunaan domestik pula berpulih dengan beransur-ansur.

OECD berpendapat bahawa China boleh menggunakan peluang wabak kali ini untuk memperkasakan pembaharuan dalam bidang perkhidmatan kebajikan warga emas, pengangguran dan perubatan.

Pada tahun ini, OCED mengunjurkan, China akan menyumbang sebanyak 27 peratus bagi kadar pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjur mencapai 5.8 peratus pada tahun ini.

徐国玮