Hormati Sains, Baru Boleh Mengesan Punca COVID-19

2021-06-02 13:01:11  CRI
Share with:

Usaha mengesan asal usul koronavirus baharu perlu diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengizinkan ahli sains dan pakar perubatan melakukan tinjauan dan pengajian di seluruh dunia. Untuk itu, semua pihak diharap mengetepikan gangguan politik dalam pelbagai bentuk, menghormati kedaulatan setiap negara dan menentang sebarang "andaian bersalah". Selain itu, tinjauan yang terbuka, telus dan objektif seharusnya diadakan di semua negara yang bersangkutan rapat dengan wabak.

Ketua kumpulan pakar asing di bawah pasukan pakar bersama WHO-China, Peter Embarek menegaskan, pihaknya tidak akan menjalankan pengajian mengenai "jangkitan kepada manusia menerusi makmal". Beliau pula menghargai sikap China yang terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Menyentuh liputan media Amerika Syarikat (AS) yang berbunyi bahawa kumpulan pakar "gagal mendapat data asal" di Wuhan, pegawai WHO menyifatkannya "sengaja memutarbalikkan fakta" dan "cukup mengecewakan".

Usaha mengesan asal usul wabak disifatkan oleh pakar WHO umpama susun suai satu gambar yang raksasa, dan tinjauan di Wuhan disifatkan sebagai sebahagian yang kecil dalam permainan 'jigsaw puzzle' ini. Maka, tinjauan yang serupa patut dilanjutkan di tempat-tempat yang lain. Dalam proses mengesan punca COVID-19, sebarang tindakan yang bercanggahan dengan semangat sains dilihat tidak bertanggungjawab terhadap sejarah dan umat manusia.

高蕾