Komplot Cari Kambing Hitam di Belakang "Andaian Bersalah"

2021-06-02 14:07:05  CRI
Share with:

"Mencari-cari bukti menurut kesimpulan", ini perbuatan tipikal segelintir politikus Amerika Syarikat (AS) pada isu mengesan asal usul koronavirus baharu. Pada tahun lepas, terdapat beberapa politikus AS yang menguar-uarkan wabak COVID-19 "dibuktikan" berasal dari makmal. Kini, sejumlah politikus dan agensi media sekali lagi menggembar-gemburkan dakwaan "virus terbocor dari makmal".

Akhabar Harian The Wall Street telah menerbitkan satu laporan perisikan yang "tidak pernah didedahkan sebelum ini", dengan niat untuk mengaitkan koronavirus baharu dengan makmal China. Bagaimanapun, profesor biologi dari Pusat Penyelidikan Alam Universiti Hamburg Jerman, Matthias Glaubrecht berkata, wujud atau tidak laporan berkenaan masih belum dipastikan. Perbincangan yang berdasarkan "khabar angin" tidak bermanfaat bagi penyelidikan sains. Anggota kumpulan pakar antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dominic Dwyer pula menegaskan perbuatan mempolitikkan usaha mengesan asal usul wabak demi kepentingan sendiri tidak kondusif bagi penyelesaian masalah.

Jelaslah komplot AS yang mengambinghitamkan China demi tujuan politik dalam dan luar negaranya, iaitu menyembunyikan kegagalan sendiri dalam memerangi penularan wabak dan menghindari tanggungjawab untuk mengesan punca COVID-19 dalam negerinya.

高蕾