China dan Dominican Sedia Tingkatkan Kerjasama

2021-06-03 14:05:15  CRI
Share with:

China bersedia berusaha bersama-sama Dominican untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berhubung dengan rakan sejawatya dari Dominican, Luis Rodolfo Abinader Corona melalui telefon pada Rabu.

Xi berkata, China memuji pendirian Dominican yang mempertahankan dasar satu China dan mengutamakan hubungan dengan China dalam dasar luarnya.

Menurutnya, setelah tercetusnya pandemik COVID-19, China dan Dominican saling menyokong dan berganding bahu untuk melawan wabak. China akan dengan sedaya upaya terus menyediakan sokongan kepada Dominican untuk mengatasi wabak.

Abinader pula mengucapkan tahniah kepada China atas ulang tahun ke-100 tertubuhnya Parti Komunis China (PKC). Di samping itu, beliau merakamkan terima kasih atas bantuan China kepada negara itu untuk mengatasi wabak.

Menurutnya Dominican mempertahankan dasar satu China dan bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

徐国玮