Media Kazakhstan Analisis 6 Kunci Pembangunan Pesat China

2021-06-04 14:16:16  CRI
Share with:

Sebuah artikel yang bertajuk “Apakah kunci pembangunan pesat di China?” diterbitkan dalam laman web akhbar DK News Kazakhstan pada 29 Mei lalu. Menurut artikel tersebut, dengan pimpinan Parti Komunis China (PKC), China dapat mengecapi pencapaian yang cemerlang, dan merealisasikan lonjakan yang signifikan yang bukan sahaja dapat mengubahi nasib rakyat China, malah memberi peluang kepada dunia dalam memperjuangkan kemakmuran bersama.

Artikel tersebut pula menganalisis 6 kunci mengenai pembangunan pesat di China. Pertama, PKC dapat menggaris jalan, hala tuju dan dasar yang rasional berdasarkan keadaan negara China yang tersendiri di samping mampu membuat pengubahsuaian dan pembaharuan berikutan perubahan situasi dalam dan luar negara.

Kedua, prinsip Sentralisme Demokratik dapat dikekalkan dan terbukti berfaedah bagi memupuk suasana politik yang rancak. PKC sudi bersatupadu dengan pelbagai golongan apabila menjalankan koordinasi bagi menjayakan suatu misi yang penting.

Ketiga, pembangunan dijadikan tugasan utama. Sejarah silam negara ini yang menderita kemiskinan dan ketinggalan zaman menyebabkan PKC menyedari bahawa pembangunan perlu diutamakan. Oleh itu, China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka berpandukan konsep pembangunan saintifik sehingga berjaya meningkatkan produktiviti secara besar-besaran.

Keempat, melaksanakan pentadbiran yang berteraskan kepentingan rakyat. PKC yang mewakil kepentingan asas rakyat beserta kerajaan yang dipimpinnya mendapat kepercayaan dari lebih 90% rakyat China selama bertahun-tahun.

Kelima, PKC sejak sekian lama menumpu kepada pembangunan sendiri, dan giat membanteras rasuah sehingga dapat menyahut cabaran serius dalam pelbagai situasi yang rumit.

Dan yang terakhir, PKC mengekalkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan mengganggap melindungi keamanan sedunia dan mendorong pembangunan bersama sebagai misinya yang membanggakan. Sementara itu, PKC secara aktif mendorong pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengemukakan cadangan bagi penyelesaian konflik antarabangsa dan rantau serta usaha menyempurnakan sistem pentadbiran global. Dalam usaha melawan wabak COVID-19, China sudah pun memberi sokongan dan bantuan yang sedapat mungkin kepada masyarakat antarabangsa, dan diktiraf sebagai negara gergasi yang beretika tinggi dalam memikul tanggungjawab.

张宪