Perdagangan China-Vietnam Naik 18.8%

2021-06-07 14:37:15  CRI
Share with:

Perdagangan antara China dengan Vietnam pada tahun 2020 meningkat 18.8 pearatus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Antaranya, jumlah eksport China ke Vietnam meningkat 16.6 peratus manakala jumlah import meningkat 22.2 peratus.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Hong Dien melalui telefon baru-baru ini mengatakan, walaupun terkena tempias penularan pandemik COVID-19, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetap rancak dan menyaksikan peningkatan yang pesat. Ini memperlihatkan daya tahan dan potensi hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, China dan Vietnam perlu memperkasakan kerjasama bagi pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mendorong kelancaran perdagangan dan kesalinghubungan kemudahan prasarana, di samping meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan, mendorong kerjasama e-niaga dan memajukan kegiatan perdagangan di kawasan sempadan.

徐国玮