APEC Komited Mudahkan Pengedaran Vaksin

2021-06-07 14:36:34  CRI
Share with:

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) komited mengambil tindakan memudahkan pengedaran vaksin dan produk berkaitan demi melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Komitmen itu dibuat para Menteri Perdagangan APEC ketika bermesyuarat melalui video pada Ahad.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh New Zealand, pengerusi APEC 2021 itu menegaskan kepentingan perdagangan dalam usaha mengatasi impak wabak dan mendorong pemulihan ekonomi.

Langkah-langkah yang bakal dilaksanakan anggota APEC termasuk membatalkan sekatan perdagangan yang menambah kos vaksin bagi mempercepat pengedaran vaksin dan produk berkaitan, menyediakan panduan kepada jabatan kastam untuk mencepatkan kelulusan vaksin di pelabuhan dan lapangan terbang, menghapuskan halangan pengangkutan kargo dan perkhidmatan logistik, serta menyokong perdagangan vaksin dan produk berkaitan.

Selain itu, para menteri perdagangan bersetuju untuk memperkasakan pelaksanaan perjanjian memudahkan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

徐国玮