Bangladesh Lulus Penggunaan Kecemasan Vaksin Sinovac

2021-06-07 11:45:10  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Bangladesh meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, CoronaVac yang dihasilkan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech Ltd di negara itu pada Ahad.

Vaksin itu ialah vaksin COVID-19 kedua buatan China yang diluluskan Jabatan Pengawalan Ubat Bangladesh, selepas kelulusan vaksin Sinopharm pada penghujung April, diikuti vaksinasinya dimulakan pada penghujung Mei.

Menurut data statistik yang diumumkan jabatan kesihatan Bangladesh pada Ahad, kes harian baharu COVID-19 berjumlah 1,676 dalam 24 jam sebelumnya, menjadikan kes kumulatif merekodkan 810,990, antaranya 12,839 meninggal dunia.

曹捷