China, ASEAN Bincang Pelaksanaan DoC di Chongqing

2021-06-08 12:07:37  CRI
Share with:

Mesyuarat Pegawai Kanan ke-19 Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) diadakan di Chongqing, barat daya China pada Isnin.

Ketua Bahagian Sempadan dan Maritim Kementerian Luar China, Hong Liang, dan Naib Menteri Luar Filipina bersama-sama mempengerusi mesyuarat itu.

Para peserta telah bertukar-tukar pendapat mengenai topik termasuk pelaksanaan DoC secara menyeluruh dan berkesan, meningkatkan kerjasama maritim dan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Para peserta berpendapat bahawa situasi di Laut China Selatan adalah stabil pada umumnya. Walaupun dilanda wabak COVID-19, China dan negara-negara ASEAN tetap komited untuk melaksanakan DoC secara menyeluruh dan memastikan proses rundingan CoC dijalankan secara fleksibel dan pragmatik.

Mereka juga menegaskan pentingnya pelaksanaan DoC dengan menyeluruh dan berkesan, bersepakat terus mengintensifkan kerjasama, mengukuhkan kesalingpercayaan supaya bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Mesyuarat itu telah mencapai persepakatan tentang rundingan CoC pusingan seterusnya.

曹捷