UNSC Cadangkan Guterres Lanjutkan Penggal Perkhidmatan

2021-06-09 15:09:59  CRI
Share with:

Anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi pada Selasa, mencadangkan Antonio Guterres terus memegang jawatan Setiausaha Agung PBB bagi penggal dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026. Perhimpungan Agung PBB pula akan meluluskan resolusi tentang pelantikan berkenaan secara rasmi tidak lama lagi.

Wakil Tetapi China ke PBB, Zhang Jun menyatakan, China menyokong Guterres terus memegang jawatan Setiausa Agung. China menyanjung tinggi prestasi kerja beliau dalam mengetuai PBB untuk memelihara kedamaian dan keselamatan dunia, menggalakkan pembangunan mampan dan menggalakkan perpaduan masyarakat dunia dalam membendung penularan wabak dan lain-lain.

覃淼