Sebelum ini, kerap kali kita asyik dengar AS merampas atau menyekat produk dari negara lain dengan menggunakan alasan “buruh paksaan”.
Tapi, Satria amat kagum kepada Malaysia yang kini mendakwa kilang Goodyear di negara itu telah mempraktikkan “kerja paksaan”.
Syarikat itu didakwa mendiskriminasi pekerja asing dari Nepal, Myanmar, dan India, memotong gaji secara tidak adil, mengarahkan mereka kerja lebih masa, serta menahan akses penuh kepada pasport pekerja.
Betul, pelaburan AS di negara kita dialu-alukan, tapi ia mestilah memenuhi undang-undang tempatan dan pelbagai persepakatan antarabangsa termasuk perlindungan terhadap hak pekerja.
“Buruh paksaan” ini tidak boleh lagi menjadi alasan kepada AS untuk membanteras produk negara lain semata-mata bagi memelihara kepentingan syarikat mereka sendiri.
Mereka perlu sedar yang syarikat-syarikat milik mereka di seluruh dunia perlu menolak pengamalan apa yang disebut sebagai “buruh atau kerja paksaan”.
Sebelum ini, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) telah berulang kali merampas sarung tangan getah yang dieksport oleh syarikat Top Glove Corporation Bhd dengan alasan “kerja paksaan”.
Baru-baru ini, CBP juga menahan 32 buah kapal nelayan China dengan alasan ada “kerja paksaan” terhadap anak kapal dari Indonesia.
Tak pasti mereka hidup di zaman dinasti mana, tapi mungkin mereka lupa yang kumpulan kapal nelayan ke perairan yang jauh kini cukup moden, dan aktiviti menangkap ikan dilakukan menggunakan mesin, sekali gus meringankan kerja untuk anak kapal.
Tapi ini tidak penting bagi AS dan mereka tak ambil kisah langsung.
Berdasarkan undang-undang baharu di negara Uncle Sam itu, CBP berhak merampas produk dari apa jua negara tanpa bukti dengan dakwaan “kerja paksaan”.
Negara yang selalu berlakon “polis dunia” kini menjadi “lanun dunia”.
Dengan keadaan ini, tindakan Malaysia mendakwa syarikat AS mengadakan “kerja paksaan” di negara itu memberikan satu tanda besar dan disifatkan sebagai gagah berani.
Dalam sejarah, syarikat AS mempunyai catatan kerja paksaan, menggunakan pekerja bawah umur, menganiayai pekerja tempatan dan pelbagai langkah yang melanggar undang-undang tempatan bahkan undang-undang antarabangsa.
Kini, pelbagai negara pula perlu berani menggunakan undang-undang memelihara hak pekerja negara diri, membantah tindakan lanun AS.