China Bantah AS Gunakan Isu Taiwan Cabar Prinsip "Satu China"

2021-06-09 15:30:00  CRI
Share with:

China membantah keras Amerika Syarikat (AS) menggunakan isu Taiwan untuk mencabar prinsip "satu China" untuk mengekang China.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian ketika mengulas ahli Kongres AS melakukan lawatan ke Taiwan dengan menaiki pesawat tentera baru-baru ini.

Wu mengulas bahawa tindakan provokasi AS tersbut membelakangi resolusi 2758 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan konsensus masyarakat antarabangsa mengenai "satu China".

Selain itu, ia juga membelakangi prinsip "satu China" dan tiga pengumuman bersama China-AS, menjejaskan asas hubungan kedua-dua negara serta kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.

Menurut Wu, peristiwa ini menjejaskan kepentingan asas seluruh bangsa China termasuk penduduk Taiwan dan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan amat berbahaya.

Menurutnya, China menuntut AS segera menghentikan sebarang hubungan ketenteraan dengan pihak berkuasa Taiwan dan jangan memberikan isyarat yang salah kepada kumpulan pemisah "kemerdekaan Taiwan".

Sekiranya ada orang cuba memisahkan Taiwan dari tanah air, maka Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) akan komited memerangi mereka demi membela penyatuan dan keutuhan wilayah negara.

徐国玮