Duterte: Kerjasama Saling Untung, Jaminan Pembangunan dan Kemakmuran

2021-06-10 14:48:51  CRI
Share with:

Sempena ulang tahun ke-46 ikatan diplomatik China-Filipina dan Hari Persahabatan China-Filipina Ke-20 yang jatuh pada 9 Jun, presiden Filipina dan beberapa tokoh politik dari negara itu masing-masing menyampaikan ucapan untuk menyambut hari tersebut.

Presiden Rodrigo Duterte menyatakan, persahabatan antara rakyat kedua-dua negara bersejarah lama. Beliau merakamkan terima kasih kepada golongan keturunan Cina di Filipina atas sumbangan mereka dalam menggalakkan hubungan ekonomi, kebudayaan dan interaksi antara Filipina dengan China.

Beliau menegaskan, kerjasama saling untung akan menggalakkan hubungan perkongsian strategik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Yang turut menyampaikan ucapan termasuk mantan Presiden Filipina, Gloria Arroyo, Senator Vicente Sotto III, Menteri Luar, Teodoro Lochen dan lain-lain. Mereka berharap negara itu dapat mengambil peluang daripada pasaran China yang terbuka dan pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) untuk menggalakkan kerjasama kedua-dua negara dan memulihkan ekonomi dan pembangunan negara sendiri.

胡星