Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan pertemuan di Cornwall, Britain semalam, dan menandatangani perisytiharan kerjasama untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara yang istimewa itu.
Kerajaan Britain memberitahu bahawa perisytiharan tersebut disebut sebagai "Piagam Laut Atlantik" edisi baharu.
Kedua-dua pihak mengemukakan visi baharu untuk mengintensifkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan, sains dan inovasi, ekonomi dan perdagangan, kesihatan, perubatan dan lain-lain demi bersama-sama menangani cabaran global.
Selain itu, kedua-dua negara juga berjanji akan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan kawasan Ireland Utara.