AS Digesa Buang Mentaliti Perang Dingin

2021-06-11 12:23:51  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa membuang mentaliti Perang Dingin dan permainan campur tolak yang serba ketinggalan zaman, memandang pembangunan China secara objektif dan rasional, agar menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan rantau Asia Pasifik.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media di Beijing semalam.

Dilaporkan, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin III mengumumkan akan mempercepat pembinaan tentera AS untuk membantu kerajaan menangani cabaran dari China.

Wang mengulas bahawa China menjadi alasan AS untuk meningkat kekuatan tenteranya.

Wang berkata, jumlah belanjawan tentera AS menduduk tempat teratas di dunia. Jumlah itu bersamaan dengan belanjawan tentera bagi sembilan negara berikutnya, dan empat kali ganda berbanding China.

Adalah diketahui umun bahawa AS mempunyai lebih 800 pangkalan tentera di seluruh negara. Sejak penubuhan negara itu, hanya ada 16 tahun ia tidak melibatkan diri dalam peperangan. Maka, jelaslah negara mana ancaman dan cabaran.

胡星