Elak Konfrontasi, Bina Situasi Menang-Menang antara China, AS

2021-06-12 15:01:08  CRI
Share with:

Dialog dan kerjasama patut menjadi trend utama hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS). Kerjasama tersebut perlu dijalankan berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan perhatian masing-masing diselesaikan dengan baik.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Yang Jiechi berkata demikian ketika mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken melalui telefon pada Jumaat.

Menurutnya, China komited mengelakkan konflik dan konfrontasi dengan AS di samping saling menghormati, bekerjasama demi membina situasi menang-menang. Sementara itu, China dengan teguh memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Yang Jiechi menyatakan, pihak China menggesa AS mengikuti persetujuan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara menjelang perayaan Tahun Baharu China (TBC), dan berusaha bersama-sama untuk mendorong hubungan kedua-dua negara kembali ke jalan yang betul.

Tegasnya lagi, isu Taiwan berkaitan dengan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah dan merupakan kepentingan teras China. Hanya terdapat satu China di dunia dan Taiwan merupakan wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. China dengan teguh membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

China menuntut AS menaati prinsip satu China, menunaikan janjinya dan menangani isu Taiwan dengan berhati-hati dan baik serta mengambil tindakan pratikal untuk memelihara hubungan antara kedua-dua negara serta kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.

Blinken pula berkata, kontak antara AS dengan China baru-baru ini bermanfaat bagi hubungan dua hala. Pihaknya menantikan penambahan komunikasi dan pertukaran dalam pelbagai peringkat dengan China.

Beliau berkata, AS mempertahankan dasar satu China dan menaati tiga pengumuman bersama China-AS. Selain itu, Washington berharap mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan Beijing tentang isu serantau dan antarabangsa yang penting.

徐国玮