Sidang Kemuncak Kumpulan 7 Dirasmikan

2021-06-12 15:15:02  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Kumpulan 7 dirasmikan di Teluk Carbis, Cornwall, Britain semalam.

Sidang itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan turut dihadiri pemimpin dari Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis, Itali, Kanada, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU).

Johnson ketika menyampaikan ucaptama menyatakan, topik-topik yang akan dibincangkan sempena sidang kemuncak ini termasuk iktibar daripada pandemik COVID-19 dalam 18 bulan lepas, pemulihan ekonomi, langkah menangani perubahan iklim, cara melonjak pendapatan melalui teknologi canggih.

Pemimpin dari tujuh negara dan EU kemudian mengadakan perbincangan tertutup dan pengumuman bersama dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.  

胡星