Kampung Lujiang di bandar Dandong, provinsi Liaoning digelar sebagai Shangri-La di utara China kerana ia mempunyai pemandangan alam yang indah.
Huang Shupeng, penduduk di kampung itu mengendalikan inap desa di rumah sendiri bermula pada tahun 2012. Mei hingga Oktober setiap tahun merupakan tempoh urusniaganya. Jumlah pendapatannya mencatat kira-kira RMB100 ribu (RM 58.8 ribu) setiap tahun.
Pada masa yang sama, Huang juga selalu membuat penstriman langsung untuk mempromosi inap desanya dan pemandangan yang indah di kampung halamannya.