Kerajaan Baharu Israel Dibentuk

2021-06-15 12:59:02  CRI
Share with:

Kerajaan Baharu Israel Dibentuk_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_c245aaa7-614c-4c9b-bf85-8819343e55e2.JPG

Kerajaan penggal ke-36 Israel ditubuhkan secara rasmi pada Isnin, selepas rancangan pembentukan pakatan baharu membabitkan Parti Yamina (United Right) dan Parti Yesh Atid (Future) diluluskan parlimen.

Bekas pengarah Institut Keselamatan Negara Israel (INSS), Dr. Oded Eran menganalisis bahawa dasar dalam dan luar negeri dijangka tidak banyak berubah setelah kerajaan pakatan baharu dibentuk, menyebabkan negara itu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.

Kerajaan Baharu Israel Dibentuk_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_ed07644e-e979-454b-bcab-ea9a63cc4c79.JPG

Eran beranggapan, parti Daftar Arab Bersatu yang hadir dalam pemerintahan mungkin boleh berperanan sebagai pengantara bagi meredakan ketegangan antara Palestin dan Israel.

Beliau bagaimanapun berkata, adalah sukar untuk membawa perubahan kepada isu tersebut kerana  parti berkenaan hanya menumpukan kepada status hidup orang Arab di Israel.

周乔西