China Sedia Perkasa Kerjasama Pertahanan dengan ASEAN

2021-06-16 12:24:36  CRI
Share with:

Badan pertahanan China dan ASEAN perlu mempertingkat lagi rasa saling percaya strategik, menyempurnakan mekanisme kerjasama dan meneroka bidang kolaborasi sebagai sokongan bagi melonjakkan perkongsian strategik ke tahap lebih tinggi.

Saranan itu dibuat Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan, Wei Fenghe dalam mesyuarat tidak rasmi menteri pertahanan China-ASEAN ke-12 yang berlangsung secara maya pada Selasa.

Beliau berkata, China bersedia memperkasakan kerjasama dengan negara ASEAN dalam bidang pertahanan dan pembangunan angkatan tentera, dan terus menghulurkan bantuan peralatan perubatan termasuk vaksin bagi memerangi pandemik COVID-19.

Menyentuh isu Laut China Selatan, beliau mengesyorkan pihak-pihak terbabit mewujudkan lebih banyak konsensus, mengawal percanggahan dan memperkasakan kerjasama untuk bersama-sama memelihara ketenteraman perairan tersebut.

Para menteri dari negara-negara ASEAN dalam mesyuarat itu memberi penghargaan tinggi terhadap perkembangan hubungan ASEAN-China, di samping menyatakan kesediaan untuk berganding bahu memelihara kedamaian dan kemakmuran serantau.

张哲