Israel Lancar Lagi Serangan terhadap Gaza

2021-06-18 13:36:36  CRI
Share with:

Tentera Israel melancarkan lagi serangan udara ke atas beberapa sasaran pejuang Palestin di Genting Gaza, malam Khamis.

Dilaporkan, beberapa pangkalan tentera dan sebuah tapak pelancaran roket milik Hamas di Kota Gaza dan Khan Younis menjadi sasaran bedilan.

Setakat ini tiada kematian dan kecederaan dilaporkan.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan mendakwa,  pengeboman dilancarkan sebagai tindak balas terhadap belon berapi yang diterbangkan dari Gaza ke wilayah Israel pada hari itu.

梁靓