Pemulihan Berpusatkan Manusia Fokus ILC

2021-06-18 14:16:18  CRI
Share with:

Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) sesi ke-109 meluluskan pelan tindakan global ke arah merealisasikan pemulihan berpusatkan manusia, pada Khamis.

Usaha mencipta pekerjaan yang memuaskan untuk semua serta menyelesaikan masalah ketidaksamarataan akibat penularan wabak COVID-19 menjadi komponen penting pelan berkenaan.

Dari segi pelaksanaan, kerajaan, kesatuan sekerja dan pihak majikan digalakkan meningkatkan perlindingan dan sokongan terhadap perusahaan berorientasikan pembangunan mampan; manakala peranan organisasi kerjasama antarabangsa dan institusi multilateral dioptimumkan untuk mewujudkan rejuvenasi secara terselaras. 

梁靓