Cubaan segelintir negara Barat termasuk Kanada memburuk-burukkan China dengan menyebarkan lagi dusta dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang bakal diadakan, pasti akan menemui kegagalan.
Jurucakap Misi China ke Geneva, Liu Yuyin pada Khamis berkata, kerajaan China sentiasa menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat perjuangannya.
Melalui usaha berterusan, wilayah Xinjiang menyaksikan kemajuan yang ketara dalam pembangunan sosioekonomi dan usaha hak asasi manusia.
Kini, masyarakat Xinjiang aman sentosa dan rakyat pelbagai kaum menikmati kehidupan yang bahagia.
Liu mendesak Kanada menghentikan mainan politik dengan mempergunakan isu Xinjiang, serta mengelakkan tindakan membangkitkan provokasi di UNHRC.