Ukraine Tarik Balik Penandatangan Kenyataan Anti-China

2021-06-27 14:53:45  CRI
Share with:

Ukraine Tarik Balik Penandatangan Kenyataan Anti-China

Kementerian Luar Ukraine pada Khamis lalu telah menekankan negaranya mementingkan perkongsian strategik dengan China, tidak akan mencampuri urusan dalaman China dan terus berpegang kepada prinsip yang saling menghormati dari segi kemerdekaan, hak kedaulatan dan keutuhan wilayah. Kemudian pada Jumaat lalu, Kementerian itu mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasminya untuk membatalkan sokongannya terhadap kenyataan bersama yang dibangkitkan segelintir negara Barat menyasarkan isu hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, dengan menarik balik penandatanganan pada kenyataan bersama anti-China dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

 

Menyentuh hal tersebut, jurucakap kementerian luar China mengalu-alukan keputusan Ukraine yang menarik balik penandatanganannya pada kenyataan berkenaan, dan menunjukkan keputusan Ukraine tersebut memperlihatkan semangat berdikari serta kesungguhan negara itu, dan sejajar dengan manifesto Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa. Ditegaskan lagi, lebih 90 negara telah melantangkan suara keadilan mereka pada sesi ke-47 UNHRC bagi menyokong China, sekali lagi menggugurkan cubaan sesetengah negara Barat yang memburuk-burukkan imej China dengan mempergunakan isu-isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet.

Ternyata bahawa perbuatan beberapa negara Barat yang bertudung hak asasi mencampuri urusan dalaman China untuk mengekang pembangunan negara ini hanya akan menjadi sia-sia saja.

周乔西