Bangunan Universiti Kabul Diserahkan

2021-06-28 14:50:41  CRI
Share with:

Upacara penyerahan bangunan pengajaran dan auditorium Universiti Kabul, Afghanistan yang dibina oleh China diadakan secara maya semalam. 

Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu dan Presiden Universiti Kabul, Mohammad Osman Babury masing-masing menandatangani dokumen penyerahan berkenaan.

Wang Yu dalam ucapanya berkata, China telah memberikan sokongan dan bantuan kepada Afghanistan dalam pembinaan infrastuktur sejak sekian lama, termasuk bangunan fakulti bahawa Mandarin Universiti Kabul, Institut Vokasional Negara, Hospital Republik di Kabul dan lain-lain.

Selain itu, kata Wang, China membantu Afghanistan memerangi wabak COVID-19, dan telah menyerahkan vaksin dan bahan perubatan kepada negara itu.

Tegasnya lagi, China akan terus membantu Afghanistan melawan wabak, menyokong kerajaan dan rakyat negara itu memainkan peranan penting untuk menyertai proses damai serta menjaga hasil pembangunan semula damai.

Babury dalam ucapanya menyatakan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan dan sokongan kepada negara itu. Beliau berharap kedua-dua negara dapat meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

胡星