Iraq, Mesir, Jordan Bincang Kerjasama Perangi Wabak

2021-06-28 13:02:27  CRI
Share with:

Pemimpin Iraq, Mesir dan Jordan mengadakan mesyuarat di Baghdad, Iraq semalam demi membincangkan isu-isu memerangi wabak COVID-19, menjana pemulihan ekonomi, meningkatkan kerjasama sumber tenaga dan membanteras keganasan.

Menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat itu, pemimpin ketiga-tiga negara bersetuju untuk merapatkan kerjasama dalam beberapa sektor termasuk penghantaran elektrik dan gas asli antara Iraq dengan Mesir melalui Jordan, dan membina paip saluran minyak antara Basrah, Iraq dengan Al-Aqabah, Jordan. Dalam pada itu, ketiga-tiga negara komited mengintensifkan kerjasama keselamatan dan maklumat demi membanteras keganasan, pengedaran dadah dan jenayah siber.

覃淼