Xi Ucap Tahniah kepada Parti Rakayt Kemboja

2021-06-28 13:02:53  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Pengerusi Parti Rakyat Kemboja, Hun Sen untuk mengucapkan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan parti itu hari ini.

Xi menyatakan bahawa Parti Rakyat Kemboja mengetuai rakyat Kemboja berdedikasi untuk mewujudkan pembangunan negara, di samping memberi sumbangan besar kepada kestabilan dan kemakmuran serantau. China akan terus menyokog Kemboja menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Parti Rakyat Kemboja dipercayai akan terus memberi sumbangan untuk memperkukuh kemakmuran negara, menambahbaik kehidupan rakyat, dan mewujudkan keamanan serantau.

Beliau menyatakan, China dan Kemboja ialah sahabat sejati dan komuniti berkongsi nasib. Hubungan kedua-dua negara mengekalkan perkembangan baik dalam jangka masa panjang.

Sejak tercetus pandemik COVID-19, China dan Kemboja berganding bahu memerangi wabak. Persahabatan antara kedua-dua negara bertambah mesra dan kukuh.

Xi menegaskan, PKC mengutamakan kerjasama dengan Parti Rakyat Kemboja dan komited merapatkan kerjasama dan interaksi dengan parti itu demi menggalakkan pembinaan komunisi berkongsi nasib China-Kemboja dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

覃淼